Kek aiskrim

Kek aiskrim

Bahan-bahan
- 3 cwn tepung gandum (diayak)
- 4 biji telur
- 2 cwn gula castor
- 1 sudu kecil overlet
- 3/4 cwn air aiskrim soda
- 1 sudu teh perasa rose
- kon kertas
- coklat masakan
- coklat rice
- coklat chip
- manik-manik berwarna
- perasa dan pewarna berlainan dlm satu adunan

Cara-cara

1. Pukul telur dgn gula hingga putih dan kembang dlm anggaran 5 minit, masukkan ovelet dan perasa rose pukul lg
2. Masukkan tepung gandum yg diayak dengan berselang seli dan air aiskrim soda, pukul sampai sebati
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dlm mangkuk berasingan, letakkan perwrna yang anda suka
4. Gaulkan hingga adunan perasa n perwrna sebati, setiap layer ada rasa berlainan
5. Kon buat dgn kertas bungkus nasi lemak atau burger, lipat tiga bahagian dan gunting. Lipat seperti membungkus kacang kuda dan seletipkan
6. Susun kon dlm kukusan, letakkan dlm lubang kukus, lubang kukusan jgn tutup abis supaya wap panas mengalir keatas..
7. Untuk kukus tu ada 3 bekas dan tutup, tp kita guna semua sekali kukus, belah bawah letakkan air. Bekas kedua kosongkan bekas ketiga baru susun kon dan isikan adunan kemudian tutup. Tutup kukus tu balut dgn kain supaya wap air kukusan tak menitik keatas kek
8. Kukus kek dlm 15 minit dengan api sederhana bila kek dah masak keluarkan dari kukus dah biarkan sejuk jangan buka kon lg, sebab nak letak coklat atas kek tadi
9. Cairkan coklat:gunakkan double boiler, ikut suka masing-masing nak buat coklat warna kesukaan anda
10. Bila coklat dah cair curahkan coklat diatas kek tadi dan letakkan manik-manik ke badam ke coklat rice ikut citarasa masing-masing, lepas tu masukkan kedlm peti ais sekejap je supaya coklat mengeras

Drama Ameera Slot Samarinda TV3

Sekarang ni aku tgh layan drama bersiri “Ameera” Slot Samarinda TV3 bermula 23 Mei 2012 setiap jam 10.30 mlm kecuali hari khamis jam 9.30 mlm. Pelakon febret aku Rita Rudani mmg best drama nie lagi2 ada lagu MOJO lg la..best ar..

Drama Ameera dilakonkan oleh Rita Rudaini (Ameera), Syamsul Yusof (Ameer), Zarina Zainoordin (Zila), Jasmin Hamid (Puan Suraya), Aishah Ilias (Marisha), Faizal Hussein (Jai), Hairi Safwan anak wayang (Faruk), Reza Hasbi (Zarul), Khaty Azean (Mak Som), Aman Shah dan Sabrina Ali (Rozi).

Sinopsis Drama Ameera Slot Samarinda TV3

Drama Ameera mengisahkan kehidupan Ameera dan Ameer yang bahagia melayari bahtera rumah tangga selama empat tahun walaupun masih belum dikurniakan cahaya mata. Namun, mereka tertekan apabila ibu Ameer, Puan Suraya selalu mendesak supaya Ameer berkahwin dengan Marisha kerana Ameera tidak dapat melahirkan anak.

Apabila Ameera disahkan mandul, dunia bagaikan sudah berakhir baginya. Ameera buntu memikirkan cara penyelesaian namun akhirnya dia mencadangkan Ameer supaya mengahwini seseorang untuk mendapatkan anak dan menceraikannya selepas melahirkan anak. Ameer menganggap Ameera bergurau dan tidak mengendahkannya sehingga seorang gadis kampung miskin, Zila muncul dalam kehidupan mereka.

Selepas mendengar kesusahan hidup yang dilalui Zila, Ameera menganggap Zila sebagai calon yang paling sesuai untuk menjadi isteri kepada Ameer. Ameer pada mulanya membantah kerana masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung. Ameera merayu kepada Ameer agar menerima cadangannya untuk berkahwin dengan Zila. Akhirnya Ameer bersetuju.

Ameer dan Zila bernikah secara rahsia. Zila hanya menikmati malam perkahwinannya selama satu malam sahaja kerana itu syarat yang dikenakan Ameera dan atas permintaan Ameer juga. Dalam perjanjian yang ditandatangani oleh Zila, dia akan diceraikan selepas mengandung dan melahirkan anak Ameer.

Zila yang pada mulanya tidak kisah dengan status isteri sementara telah jatuh cinta kepada Ameer. Dia bukan sahaja cemburu terhadap Ameera malah dia juga mahu merampas Ameer daripadanya. Ameer telah memberi perhatian lebih kepada Zila setelah dia disahkan mengandung.

Adakah cadangan Ameera untuk mendapatkan zuriat Ameer daripada perkahwinan tersebut akan memakan diri? Bagaimana pula dengan nasib Zila selepas melahirkan anak? Berjayakah Zila melepaskan diri daripada cengkaman Faruk?

Jom layan..

Promo Ameera Slot Samarinda

MTV ‘Andai Ku Bercinta Lagi’ – Mojo

Rindu

Malam ini kurasakan sunyi sekali
Tanpa bunyi unggas-unggas malam
Yang selama ini menemani ku
Menghiburkan hati
Dikala kesunyian
Membuatkan ku rindukan seseorang
Insan yang amat ku sayang

Tiada lagi kedengaran suaramu
Hilaian gelak tawamu
Gurauan sendamu
Teman berbicara
Teman berkongsi rasa

Menangis rindu
Merintih rindu
Tersangat rindu
Tak sanggup lagi sendu
Sungguh..aku rindu

Angin malam
Bawakan kedukaan ini pergi
Jauh meninggalkanku
Longgarkan kekusutanku
Agar dapat ku kembali ceria
Seperti dulu

Hanya doa yang dapat kuberikan
Semoga rohmu aman disana
Bersama amalan-amalanmu
Disana..
Semoga Allah merahmatimu dunia dan akhirat
Itulah harapanku..

21 Mei 2012/12.39 am

Cantik dikk..

19 Mei 2012- Malam xde program so, boleh rest sampai lebam..Apalagi ptg nie ley jenjalan g menghabiskan duit yg dh sememangnya nk habis hahhahah..lambat giler gaji perghhh..Nasib bek laki aku ada tanya duit ada ke tak? klau nk tggu aku mintak alamatnya mmg xdapatlah aku xsuka mintak2..baik kan aku???dan dengan baik hatinya beri aku RM130.00, untung org nak bagi kan..Dah bagi cekut jelah wat xtau.
Drebor bus bawak g kat kedai makcik dia ni ha nama apa tuh Makcik Jamilah

apalagi beli sakan..beli kak..beli kak..3 RM10.00 murah..murah kak.. yelah murah la sgt brg kecik2 mmglah ko rasa murah kan..mmg patut ko akn jual 3 brg RM10.00 nmpak murah..

Pas..drebor bawak aku g waterfront leh la..jalan..jalan..cuci mata tgk apa yg best..tapi biasa je..cuma aku berkenan beli kain pario warna biru terfikir ley gak aku pakai nanti masa g Langkawi hikhik..tengah syiokk belek membelek tak sangka aku diperhatikan..Ada sorg akk nie umur dlm lingkungan 30-an ehh aku ke dia lagi tua?sbb dia panggil aku adik so, rasanya dia lagi tua kot hahhaha..dia tegur

Akk tu: Akk tengok dr tadi adik nie..cantik je..muka bersih, comel..tapi kalau akk tnya jgn marah ye dikk…

Aku: (dalam hati berdebar2 apahal ar org tua ni nk makan kaki gaknya) ye kak kenapa puji2 sy kak..tapi sy seram gak ayat akk ni..(gelak xhagak2 kan, sumer org pandang)

Akk: xde..akk tgk adik pakai tudung cantik, kemas, cantik leh ajar akk cara pakai tak? hermm akk bg kain tuk adik contoh ajarkan, kalau adik nk bgtaulahh heheheh

Aku: la…pakai tudung ke?boleh kak..bukan susah pun meh saya ajar tp akk bg ar diskaun kain pario ni sy nak beli heheh harga RM28.00 akk nk bg berapa?? (harap2 dia bagi RM10.00, hahahha)

Akk: oooo..xpe dik akk bg diskaun RM18.00 je, yg penting adik ajarkan

Aku: Wah kak..boleh sgt kak..(knp la dia xbg RM10.00 xpelah dari xde kan..untunglerrr)

Kekdahnya..sejak aku pakai tudung style ni kan dah ramai org tnya cmner nak pakai even minah indon kt kilang adik aku pun soh ajarkan cmner nk pakai sbb niat nk jadi cm YUNA hahahha lantaklahh asalkan dorg bahagia..

Ni contoh cara pemakaian tudung aku:

Menggapai mimpi

Ingin ku gapai impian indahku itu
Tapi, menggapai mimpi indah itu
Ku rasa seperti menanti pelangi dimalam hari

Aku merasa tak bisa menggapainya
Sangat sulit untukku menggapai mimpi itu
Takut terjatuh,
Ketakutan itulah yang menjadi penghalang

Tapi, aku yakin
Suatu saat nanti
Akan ku tunjukkan pada dunia

18 Mei 2012/11.30 mlm
by: Rafs

Berkursus di Hotel Marina Cove Lumut Perak

18-20 Mei 2012, aku berkursus untuk memerah, memeram dan menyerabutkan otak yang agak bengap kat Hotel Marina Cove Lumut Perak. Satu projek yang bakal kami tampilkan dengan tujuan dan matlamat untuk kenaikan pangkat dan kenaikan tangga gaji. Bagus gak sebab masa tahun 2009 kami pernah gak wat projek KIK tapi aku xdapat merasa kenaikan tangga gaji disebabkan aku belum tetap di UKM. Harap-harap projek ini akan berjalan dengan lancar dan berjaya sampai ke akhirnya walaupun masa agak singkat untuk mengejar tempoh penyiapan projek nie.

Best jugak menginap kat sini dengan kelayakan harga staff macam aku cuma yang xbest…makan dia aaa hhaahahha..failed!!

Semangat yang hilang

Dah dekat 4 bulan aku tidak post baru di blog aku ni. Agak lama jugalah, nampaknya seperti mana tajuk post aku kali ni sememangnya semangat yang hilang sedang melanda aku sekarang ni. Malas dari segi mental bukan fizikal. Banyak faktor yang membuatkan aku dah tak semangat untuk memulakan menulis. Tahun 2012 adalah tahun yang paling banyak dugaan dan ujian dari Allah, tapi nak buat macamana semua manusia perlu tempuh dan teruskan hidup. Mood aku agak kurang sejak 4 bulan nie bermula awal tahun hinggalah sekarang. Masalah keluarga, masalah peribadi dan bercampur dengan masalah kerja yang sentiasa menghantui diri dan sentiasa membuat aku murung.
Ini pun semangat balik atas dasar nasihat, dorongan dan semangat berkali2 memujuk dan mencadangkan aku kembali menulis. Kekadang aku rasa pelik jugak bukannya bagus sangat pun aku nie. Kalau tengok homepage permatasuria ni pun bosan je..tak cantik..tak langsung kreatif. Entah, aku pun tak tahu kat mana bagusnya permatasuria nie. So, kekdahnya nantikanlah kemunculan ayat-ayat cinta dari aku yang boleh membuatkan korang muntah hahhaha…